Tuesday, 26 November 2013


Bahang Pilihanraya Kampus UPM
      
3 orang pelajar yang memberikan pendapat tentang pilihanraya kampus.
Dari kiri: Nora Azriana, Shamila dan Azmi Azman.


Oleh: Zuhaili Indzam
zuhaili@newsfbmk.com.my

SERDANG, 26 Nov. – Universiti Putra Malaysia, UPM bakal melaksanakan pilihanraya kampus (PRK) yang merupakan sebahagian daripada tanggungjawab universiti.

Tarikh mengundi akan diadakan pada 28 November, Khamis yang diadakan di setiap dewan utama kolej-kolej kediaman dan fakulti.

Jumlah kerusi yang dipertandingkan ialah sebanyak 11 kerusi bagi calon umum dan 34 kerusi bagi calon fakulti.

Proses penamaan calon dan proses berkempen berjalan dengan lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Akan tetapi, apa yang kurang menarik pada pilihanraya kali ini ialah kurangnya publisiti daripada calon-calon fakulti mahupun calon umum.

Nora Azariana Sabri, pelajar tahun tiga jurusan Bacelor Sains Rumah Tangga, Fakulti Pengajian Pendidikan berpendapat bahawa pilihanraya kali ini kurang hebahannya berbanding tahun-tahun sebelum ini dan beliau tidak mengetahui jumlah sebenar calon yang terpilih di fakulti sendiri mahupun keseluruhan.

“Walaupun publisiti atau kempen kurang memberangsangkan daripada para calon, tetapi manisfesto-manifesto yang dibawakan oleh mereka sangat mantap dan bersifat mesra pelajar,”jelasnya.

Shamila Thiagarajan, pelajar tahun satu dari fakulti yang sama pula berkata, “Walaupun saya baru pertama kali berhadapan dengan pilihanraya kampus, saya lihat calon-calon mengetengahkan manifesto-manifesto yang logik dan berwibawa. Akan tetapi kempen atau publisiti daripada semua calon adalah hambar,” kata beliau.

Pelajar tahun akhir dari Fakulti Rekabentuk dan Senibina pula menyuarakan kekecewaan beliau kerana tidak mengetahui langsung tarikh sebenar bagi melakukan pengundian. “Saya selalu mengambil tahu tentang isu semasa yang berlaku di kampus, tapi sedihnya saya tidak mendengar langsung berita tentang pilihanraya kampus,”katanya.

Rata-rata pelajar menyuarakan kekecewaan kerana kurangnya hebahan dan kempen daripada para calon sedangkan manifesto yang mereka bawakan adalah sangat menepati kehendak semua pelajar.

Harapan mereka pada pilihanraya kali ini ialah para calon dapat melaksanakan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dan penuh amanah.

Selain itu Nora dan Azmi berpendapat bahawa para calon perlu menyuarakan pendapat kepada pihak atasan supaya ditambah lot tempat letak kereta di sekitar kawasan kolej serumpun bagi mengelak kesesakan dan juga kejadian yang tidak diingini.

Mereka juga lebih menekankan aspek keselamatan para pelajar di kawasan kediaman dan juga fakulti.

Tambah mereka lagi, pilihanraya kampus adalah penting bagi memelihara kebajikan para pelajar sekaligus mempraktikkan diri untuk lebih maju ke hadapan.

Proses berkempen dilihat semakin berterusan dan diuar-uarkan dengan lebih meluas kepada umum bermula petang tadi dan akan berakhir pada 27 November sebelum tarikh pengundian.




Wednesday, 13 November 2013

Wanita...

Apa yang bermain diminda kita jika disebut tentang 'Wanita'?
Siapakah Wanita?
Apakah pengorbanan seorang wanita?

Wahai sekalian sahabat, 'pause' seketika..cuba lelapkan mata..dan..bayangkan wajah wanita yang paling bermakna dalam hidup kita..dia adalah..IBU kita..seorang WANITA yang banyak berjasa.

"Disebalik semua lelaki didunia, pastinya didukung seorang wanita..
 Dia berkorban untuk memberi yang mampu, demi insan yang disanjung dalam hidup..
 Tatang hatinya bagai permata, luangkan masa untuk bersama..
 Bilang padanya kau sayangkan dia sepenuh jiwamu..
 Tenangkan hatinya bila resah, setia di dalam ceria & gundah..
 Itulah saja balasan diminta...
 SEORANG WANITA.."

"Senyumannya mampu mengubati pilu..
 Ketika dunia tak kelihatan indah..
 Wajahnya yang ayu..memenangkan kalbu..
 Jangan kau hampakan CINTAnya yang tulus.."
                                                   ..(kru's song)

Pengorbanan mereka tiada galang gantinya..
Hargailah insan yang bernama WANITA ini..
Kerna, tanpa mereka..
Hidup mungkin tiada sinarnya..

~Coretan seorang wanita~
~How deep is our LOVE to them??..ask ourself..
=))






Tuesday, 12 November 2013

Let's Going GREEN!


Hye! hye! hye!
Bertinta saya kali ni tentang 'Go Green'.
Adakah anda dan saya juga 'HIJAU'??? hehe..
Jom! kita explore apakah itu Go Green...

Jika dilihat dengan pandangan mata kasar, peredaran masa sekarang telah banyak menimbulkan kesedaran dalam diri manusia, terutamanya dalam usaha menggalakkan kempen ‘Bumi Hijau’ ini.

Pernah suatu ketika, keadaan suhu dunia dilihat semakin membahang angkara perbuatan manusia itu sendiri, pencemaran alam kian meningkat, juga berlaku pembaziran terhadap barang-barang keperluan.

Go green merupakan satu kempen untuk ‘Selamatkan Bumi Hijau’. Ianya bagi mengekalkan negara dalam keadaan yang masih dipenuhi oleh tumbuh-tumbuhan dan semua hidupan dapat hidup dalam keadaan yang sihat dan segar!

It means different things to different people.

Go Green juga merujuk kepada tindakan manusia yang mempunyai kesedaran untuk mengurangkan atau menghindarkan segala aktiviti yang boleh merosakkan alam. Ianya adalah melalui tabiat seseorang, kelakuan dan juga gaya hidup. Tindakan-tindakan tersebut adalah melalui penggunaan produk dan perkhidmatan yang berteraskan ‘produk hijau’.

Kadangkala segelintir manusia menganggap kempen ini adalah tidak penting untuk diamalkan kerana mungkin tidak nampak kesannya dalam jangka masa yang singkat. Akan tetapi, jika semua mengamalkan kempen ini, sudah pasti Negara akan bersih dan segar daripada sebarang pencemaran. Jadi, bagaimanakah caranya untuk mempraktikkan Go Green ini?

Kaedah pertama adalah melalui penggunaan konsep 3R, iaitu reduce, reuse dan recycle. Seperti yang semua sedia maklum, kaedah ini adalah yang biasa diamalkan di setiap organisasi. Kaedah yang kedua ialah mengurangkan, menghadkan atau tidak menggunakan langsung bekas polisterin. Bekas polisterin ini sukar untuk dilupuskan. Maka dengan itu, ianya tidak harus digunakan atau akan membawa kesan buruk kepada alam sekitar. Walaubagaimanapun, masih ramai lagi dalam kalangan masyarakat kita yang masih menggunakannya atas alasan untuk menjimatkan kos perbelanjaan. Apa yang lebih interaktif ialah, kempen Go Green ini telah dilakukan dengan galakan berbasikal dalam kampus. Kaedah ini seharusnya dicontohi dan diamalkan di setiap sekolah, mahupun di institut pengajian tinggi. Seperti contoh di Universiti Putra Malaysia, UPM telah mengamalkan ‘kempen galakan berbasikal’ dalam kampus ini sejak sekian lama. Hal ini adalah bagi mengekalkan kehijauan dan kesegaran kampus yang boleh diibaratkan seperti ‘kampus dalam taman’.

Penggunaan elektrik juga harus dititikberatkan bagi mengurangkan tahap kepanasan global. Kaedah yang lebih menarik ialah mengajar diri masing-masing supaya menjadi kreatif. Kaedah bagaimana yang dikatakan kreatif? Caranya adalah melalui penghasilan karya-karya, poster, kulit album, buku dan sebagainya melalui barangan terpakai. Kaedah ini merupakan cara yang paling mudah untuk mengelakkan pembaziran dan pencemaran. Jika ditelitii dan dikaji dengan lebih mendalam, banyak lagi kaedah yang boleh digunakan bagi mengekalkan Go Green. Antara sedar ataupun tidak itulah merupakan faktor yang bermain dalam minda manusia bagi mengekalkan keharmonian alam sekeliling.

Jadi, sebagai insan yang berilmu dan prihatin, mari kita amalkan Go Green demi kesejahteraan bersama.


~ Let's SAVE & LOVE our Earth! ~ :)

~ CINTAI bumi kita!